Monday 20 June 2016


JASA PETANI


Petani manusia yang berjasa,
Kepada negara dan bangsa,
Memberi makan rakyat jelata,
Kemakmuran rakyat di tangan mereka.

Jasa petani mesti dikenang,
Penat lelah mereka membanting tulang,
Kehidupan mereka wajib dijaga,
Begitulah kehendak agama kita.

Petani yang beriman sambil bekerja mengingati Allah,
Auratnya ditutup semasa bekerja,
Hasil yang banyak dizakatnya,
Itulah petani yang bersyukur namanya.

Wahai petani bersungguh bekerja,
Berkhidmat pada agama dan bangsa,
Jangan rasa malu dan hina,
Agar makmur rakyat dan negara.
Suasana sawah padi yang meluas memberi ketenangan dan pengalaman yang sukar anda lupakan. Perjalanan hanya mengambil masa 1 jam dari Kuala Lumpur.
Kepelbagaian aktiviti yang ditawarkan oleh Homestay Sungai Sireh akan memberi kepuasan beriadah kepada anda.
Sebelum pulang pastikan anda melawat ke Kelip-kelip Kampung Kuantan yang sungguh unik dan menarik.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
HOMESTAY SG. SIREH
Kampung Parit 1, Sungai Sireh
45500 Tanjong Karang
Selangor Darul Ehsan

03-32697372
sgsireh@gmail.com

En Abu Bakar Bin Moin
019-3467 372

Saturday 7 May 2016

Assalammualaikum dan selamat sejahtera pembaca sekalian. Pada 5hb Mei sehingga 7hb Mei pusat Agro kami telah menjadi tempat pilihan untuk program penukaran lawatan belia dan sukan antara negara Brunei dan Malaysia. Seramai 15 orang belia dari Brunei yang terlibat termasuk seorang Kementerian Belia dan Sukan iaitu Mr.Yong wakil dari negeri Selangor mengikuti program ini. Program ini dijalankan selama 3hari 2malam. Beberapa aktiviti telah dijalankan seperti di bawah:


Jamuan Selamat Datang di Pusat Agro.


1.Membuat Kraftangan menggunakan daun kelapa.
- Menganyam ketupat
     - Membuat keris         
                - Membuat belalang dll                              



2. Aktviti mewarna batik.



 Hasil pewarnaan batik daripada belia brunei xD


3. Aktiviti berkayak di sungai.


Banyak lagi aktiviti yang dilakukan sepanjang mereka berada di sini. Antaranya yang tiada di dalam gambar di atas adalah melihat kelip-kelip di Kampung Kuantan, memancing ikan keli di parit dan melihat tempat pembungkusan kerepek di Bahulu Masri, Sekinchan. Semoga ikatan persaudaraan antara dua negara ini akan terus terjalin dan kekal sampai bila-bila. Nantikan cerita kami yang seterusnya. Terima Kasih sudi membaca ! :)

Wednesday 4 May 2016


 4/5/2016



 
Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera. Harini homestay kami dihadiri 20 orang pelajar dan 3 orang guru pembimbing sekolah rendah Setia Eco Park dari Setia Alam. Mereka belajar membuat keris dan trompet menggunakan daun palas yang diajar oleh Cik Ros dan Cik Mariah. Mereka terasa begitu teruja apabila trompet yang dibuat menggunakan daun palas dapat menghasilkan bunyi ! Akitiviti seterusnya menumbuk padi yang diajar oleh Pak Rashid. Mereka perlu mengasingkan padi dan beras. Aktiviti itu dikira pertandingan, kumpulan yang dapat banyak menghasilkan beras kumpulan itu akan menang. aktiviti terakhir mereka lakukan adalah menagkap ikan dan menanam padi. Riang ria mereka ketika itu. Setelah menghabiskan aktiviti mereka dan pulang semula ke Pusat Agro. Mereka menjamu selera untuk santapan tengahari lalu pulang ke sekolah mereka kembali. Program ini berlangsung selama 1/2 hari sahaja. Kepada yang berminat bercuti dan bersantai sambil melakukan aktiviti menarik di Homestay Sungai Sireh. Hubungi kami, Insha Allah feedback yang diberi dijamin terbaik! Jumpa lagi ! :)

Monday 2 May 2016

3/5/2016




Assalammualaikum dan Salam Sejahtera. Saya minta maaf kerana sudah lama tidak update blogger ini. inshaAllah ia akan active kembali. Segala perkara baharu mengenai homestay kami akan anda ketahui di blog ini ataupun anda boleh terus sahaja melayari https://www.facebook.com/abubakar.moin . Kami juga memiliki account Instagram iaitu instagram.com//homestaysgsireh . 
terima kasih kerana sudi membaca! :)