Wednesday 4 May 2016


 4/5/2016



 
Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera. Harini homestay kami dihadiri 20 orang pelajar dan 3 orang guru pembimbing sekolah rendah Setia Eco Park dari Setia Alam. Mereka belajar membuat keris dan trompet menggunakan daun palas yang diajar oleh Cik Ros dan Cik Mariah. Mereka terasa begitu teruja apabila trompet yang dibuat menggunakan daun palas dapat menghasilkan bunyi ! Akitiviti seterusnya menumbuk padi yang diajar oleh Pak Rashid. Mereka perlu mengasingkan padi dan beras. Aktiviti itu dikira pertandingan, kumpulan yang dapat banyak menghasilkan beras kumpulan itu akan menang. aktiviti terakhir mereka lakukan adalah menagkap ikan dan menanam padi. Riang ria mereka ketika itu. Setelah menghabiskan aktiviti mereka dan pulang semula ke Pusat Agro. Mereka menjamu selera untuk santapan tengahari lalu pulang ke sekolah mereka kembali. Program ini berlangsung selama 1/2 hari sahaja. Kepada yang berminat bercuti dan bersantai sambil melakukan aktiviti menarik di Homestay Sungai Sireh. Hubungi kami, Insha Allah feedback yang diberi dijamin terbaik! Jumpa lagi ! :)

No comments:

Post a Comment