Saturday 7 May 2016

Assalammualaikum dan selamat sejahtera pembaca sekalian. Pada 5hb Mei sehingga 7hb Mei pusat Agro kami telah menjadi tempat pilihan untuk program penukaran lawatan belia dan sukan antara negara Brunei dan Malaysia. Seramai 15 orang belia dari Brunei yang terlibat termasuk seorang Kementerian Belia dan Sukan iaitu Mr.Yong wakil dari negeri Selangor mengikuti program ini. Program ini dijalankan selama 3hari 2malam. Beberapa aktiviti telah dijalankan seperti di bawah:


Jamuan Selamat Datang di Pusat Agro.


1.Membuat Kraftangan menggunakan daun kelapa.
- Menganyam ketupat
     - Membuat keris         
                - Membuat belalang dll                              



2. Aktviti mewarna batik.



 Hasil pewarnaan batik daripada belia brunei xD


3. Aktiviti berkayak di sungai.


Banyak lagi aktiviti yang dilakukan sepanjang mereka berada di sini. Antaranya yang tiada di dalam gambar di atas adalah melihat kelip-kelip di Kampung Kuantan, memancing ikan keli di parit dan melihat tempat pembungkusan kerepek di Bahulu Masri, Sekinchan. Semoga ikatan persaudaraan antara dua negara ini akan terus terjalin dan kekal sampai bila-bila. Nantikan cerita kami yang seterusnya. Terima Kasih sudi membaca ! :)

No comments:

Post a Comment